Video

http://youtu.be/na0GWz1iiUo

Bab 5 Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

5.1 Matlamat Rombongan Merdeka

1. Keputusan Pilihan Raya 1955 menunjukkan Parti Perikatan telah mendapat sokongan rakyat.2. Parti Perikatan telah membentuk kerajaan.

3. British menukarkan Sistem Ahli kepada Sistem Menteri dan Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi ketua Menteri.

4. Pari Perikatan terus mengorek langkah ke arah kemerdekaan seperti yang dijanjikan dalam pilihan raya.

5. Tunku Abdul Rahman telah mengetuai Rombongan Merdeka ke London.

6. Matlamat Rombongan Merdeka ke London adalah untuk merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan pihak British.

7. Rombongan terdiri daripada wakil raja-raja Melayu dan wakil Parti Perikatan atau kerajaan.

Anggota Rombongan Merdeka

Wakil Parti Perikatan

● Tunku Abdul Rahman

●Tun Dr.Ismail

●Tun H.S.Lee

●Tun Abdul Razak Hussein

Gambar di atas menun jukkan rombongan Parti Perikatan yang pertama ke London pada tahun 1953

Wakil Raja-Raja Melayu

●Dato Panglima Bukit Gantang

●Abdul Aziz Othman

●Dato’Mohd.Seth

●Dato’Nik Ahmed Kamil

Perjanjian London(18 Jan-8 Feb 1956)

Pengerusi:Lord Lennox-Boyd,Setiausaha Tanah Jajahan British.

Perjanjian London:-

● Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan.

● Tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

● Perlembagaan Merdeka digubal oleh sebuah suruhanjaya bebas.

●Parti Perikatan tidak akan mengambil alih kepentingan dan perniagaan Barat di Tanah Melayu.

● Pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan negeri diteruskan.

●Perjanjian pertahanan akan ditandatangani demi keselamatan dan ekonomi British di Tanah Melayu.

Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 8 Februari 1956 di Lancaster House, London.

5.2 Penyediaan Perlambangan Persekutuan Tanah Melayu

Bagi sesebuah negara yang bakal merdeka,seperti Tanah Melayu, sebuah perlembangaan yang dipersetujui oleh semua kaum adalah penting. Parti Perikatan telah bersetuju dengan pelantikan sebuah suruhanjaya bebas iaitu Suruhanjaya Reid untuk menggubal Perlambangan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka bagi berlaku adil kepada semua kaum.

Suruhanjaya Reid

* Keahlian

-Lord William Reid (Pengerusi)

-Sir Ivor Jennings (England)

-Tuan Abdul Hamid (Pakistan)

-Sir William Mckell (Australia)

-Tuan B.Malik (India)

* Tugas

-Merangka perlambangan.

-Menjamin kedudukan raja Melayu.

-Menentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri.

-Mewujudkan satu rupa bangsa PTM.

Pindaan Suruhanjaya Reid

-Pembahagian kuasa kerajaan pusat dan negeri.

-Kerajaan jus soli bagi yang lahir di Tanah Melayu.

-Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.

-Agama Islam agama rasmi Persekutuan.

-Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan namun bahasa Cina dan Tamil boleh menjadi bahasa penghantar di sekolah masing-masing.

-Konsep Raja Perlambagaan dikekalkan.

Perlembagaan Merdeka

Fasal Penting Perlembagaan Merdeka

-Sebuah kerajaan Persekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu.

-Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua Negara.

-Perdana Menteri sebagai ketua Pentadbiran Negara dengan dibantu oleh sebuah kabinet.

-Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.

-Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

-Kerakyatan terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu.Kerakyatan secara permohonan dengan syarat tertentu juga diberi pertimbangan.

-Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan tanpa mengurangkan hak warganegara yang lain.

1.Perlembagaan Merdeka 1957 telah memberikan hak mutlak kepada Penduduk Tanah Melayu untuk menerajui sebuah Negara yang berdaulat.

2.Pemimpin seperti Tunku Abdul Rahman Putra,Tun Abdul Razak,Tun V.T.Sambanthan dan Tun H.S.Lee hendaklah sentiasa tersemat dalam hati generasi .Pada hari ini dan tidak sewajarnya dilupakan.

5.3 Pemasyhuran Kemerdekaan

1.Pemasyhuran kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 merupakan detik yang amat penting kepada kita.

Peristiwa Pemasyhuran Kemerdekaan

1. Sebelum pemasyhuran kemerdekaan dibuat,tepat pada pukul 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957,di hadapan Padang Kelab Selangor,Kuala Lumpur bendera Union Jack telah diturunkan.

2. Keesokan harinya iaitu pada 31 Ogos 1957.Pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah dilakukan dengan penuh gemilang di Stadium Merdeka,Kuala Lumpur.

3. Ini adalah bangunan Negara yang dibina khas untuk melahirkan identity kebangsaan kepada Negara yang merdeka.

4. Raja-raja Melayu yang berseri-seri dengan pakaian songket yang berkilau dan dipayungi dengan paying diraja,duduk berbaris bersemayam di pentas khas.

5. Upacara dimulakan dengan ucapan wakil Baginda Ratu England.

6. Kemerdekaan ini menandakan pemulangan semula kuasa politik Negara ini kepada pemerintah tempatan setelah dikuasai oleh penjaja selama hamper 446 tahun.

7. Pemulangan kuasa ini dilakukan dengan penuh tertib dan bersopan.

8. Tunku Abdul Rahman,ketua kerajaan Parti Perikatan yang bakal menjadi Perdana Menteri,pertama negera,telah membaca perisytihran kemerdekaan itu dengan lantang.

9. Tunku kemudian melaungkan seruan MERDEKA!sebanyak tujuh kali.

10.Ini adlah hasil perjuangan keramat setiap rakyat yang mencintai negaranya yang berdaulat dan merdeka.

Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan

1. Dikenali sebagai Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957.

2. Ditulis dalam 2 bahasa- bahasa Melayu dan bahsa Inggeris.

3. Antara kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan ialah:-

-PTM mencapai taraf sebuah negara yang merdeka.

-PTM terbentuk daripada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang ditandatangani oleh raja-raja Melayu dan Ratu England.

-Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957.

-PTM yang merdeka mengandungi negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terangganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang.

-PTM merupakan sebuah Negara demokrasi yang mengutamakan kesejahteraan rakyatnya.

-Pemasyhuran Kemerdekaan ini adalah pernyataan kemerdekaan yang penting sebagai tanda pembebasan Negara daripada penjajah British.

kesan darurat

Kesan Darurat

Kesan Darurat

Politik

  1. Parti politik berhaluan kiri diharamkan walaupun bukan berfahaman komunis.
  2. Mempercepatkan kemerdekaan seperti yang dijanjikan British sebelum Pertemuan Baling diadakan.
  3. Melonggarkan syarat kerakyatan bagi menarik orang bukan Melayu menentang komunis.
  4. Penubuhan MCA bagi melibatkan orang Cina dalam politik berhaluan kanan.

Ekonomi

  1. Pengeluaran sumber ekonomi terjejas akibat kemusnahan infrastruktur dan gangguan terhadap buruh ladang.
  2. Perbelanjaan untuk membeli peralatan tentera bagi mengukuhkan sistem pertahanan negara meningkat.
  3. Taraf hidup di kawasan luar bandar merosot akibat tumpuan kerajaan kepada pembangunan di kampung baru dan keselamatan rakyat.

Sosial

  1. Orang awam, tentera dan komunis ramai terkorban.
  2. Aktiviti harian terjejas akibat pelaksaan perintah berkurung.
  3. Kesukaran mewujudkan perpaduan kaum.
  4. Pelaksaan dasar pelajaran kebangsaan untuk memupuk persefahaman kaum.

Parti Komunis Malaya (PKM)